Sunday, January 5, 2014

SPEECH THERAPY / TERAPI PERTUTURAN


Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terapi pertuturan atau Speech Therapy merupakan terapi pemulihan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar bercakap atau berkomunikasi. Terapi pertuturan juga melibatkan mereka yang sukar makan atau minum (mengalami kesukaran menelan)

Kesukaran Bercakap / Berkomunikasi

Bagi kanak-kanak, kelewatan perkembangan bahasa & pertuturan (bercakap) boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
  • Autisma
  • Sindrom Down
  • Palsi Serebral
  • Serangan sawan (Epilepsi)
  • Kurang rangsangan bahasa
Bagi orang dewasa, masalah berkomunikasi boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor, antaranya:
  • Angin ahmar (strok)
  • Kecederaan pada kepala, leher (kemalangan)
  • kecederaan otak
  • kanser
Kesukaran Menelan

Masalah sukar menelan boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa disebabkan oleh faktor-faktor masalah kesihatan seperti strok, kecederaan otak, kanser mulut & leher.

Tanda-tanda kesukaran menelan, antaranya:
  • Sukar mengunyah makanan
  • Air / makanan terkeluar dari mulut sewaktu makan
  • sering terbatuk sewaktu makan / minum
  • sering tercekik sewaktu makan / minum
  • sukar bernafas / cepat penat sewaktu makan 
Masalah kesukaran menelan boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru kerana makanan / minuman memasuki saluran pernafasan dan tidak masuk ke perut.

Siapa perlu terapi pertuturan?
  • Kanak-kanak lewat bercakap
  • Kanak-kanak bercakap pelat
  • Orang dewasa yang sukar bercakap / berkomunikasi
  • Kanak-kanak atau orang dewasa yang sukar menelan

Sekiranya anak atau ahli keluarga anda mengalami kelewatan pertuturan, kesukaran berkomunikasi dan sukar untuk makan / minum.. bawalah mereka untuk berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk mendapat penilaian dan khidmat pemulihan yang bersesuaian.

Terima kasih kerana membaca

Speech destiny
5 Januari 2014

0 comments:

Post a Comment