Sunday, January 5, 2014

SPEECH THERAPY DI HOSPITAL KERAJAAN

6 comments
Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Berikut merupakan senarai hospital-hospital kerajaan yang menyediakan Perkhidmatan Terapi Pertuturan-Bahasa.

1) Hospital-Hospital Kerajaan

a) Perlis
    - Hospital Tuanku Fauziah, Kangar. (http://htf.moh.gov.my)

b) Kedah
    - Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar. (http://hsbas.moh.gov.my)
    - Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani. (http://hsah.moh.gov.my)

c) Penang
    - Hospital Pulau Pinang. (http://hpp.moh.gov.my)
    - Hospital Bukit Mertajam. (http://hospbm.moh.gov.my/)

d) Perak
    - Hospital Raja Permaisuri Bainon, Ipoh. (http://hrpb.moh.gov.my)
    - Hospital Taiping. (http://htaiping.moh.gov.my)
    - Hospital Teluk Intan. (http://htintan.moh.gov.my)

c) Selangor
    - Hospital Sungai Buloh. (http://hsgbuloh.moh.gov.my)
    - Hospital Selayang. (http://hselayang.moh.gov.my)
    - Hospital Serdang. (http://hserdang.moh.gov.my)
    - Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang. (http://htar.moh.gov.my)
    - Hospital Ampang.

d) Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
    - Hospital Kuala Lumpur. (http://www.hkl.gov.my/)
    - Hospital Rehabilitasi Cheras. (http://www.hrc.gov.my/)

e) Putrajaya
    - Hospital Putrajaya. (http://www.hpj.gov.my)

f) Negeri Sembilan
    - Hospital Tuanku Jaafar, Seremban. (http://htjs.moh.gov.my)

g) Melaka
    - Hospital Melaka. (http://hmelaka.moh.gov.my)

h) Johor
    - Hospital Sultanah Aminah, JB. (http://hsajb.moh.gov.my)
    - Hospital Sultan Ismail. (http://hsi.moh.gov.my/)
    - Hospital Sultanah Nora Ismail, Batu Pahat. (http://hsni.moh.gov.my)
    - Hospital Pakar Sultanah Fatimah, Muar (http://hpsf.moh.gov.my)

i) Pahang
    - Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan. (http://htaa.moh.gov.my)
    - Hospital Sultan Haji Ahmad Shah, Temerloh. (http://hoshas.moh.gov.my)

j) Terengganu
    - Hospital Tuanku Nur Zahirah, Kuala Terengganu. (http://hsnzkt.moh.gov.my)
    - Hospital Kemaman. (http://hkemaman.moh.gov.my)

k) Kelantan
    - Hospital Raja Perempuan Zainab II, Kota Bharu (http://hrpz2.moh.gov.my)

l) Sarawak
    - Hospital Umum Kuching. (http://hus.moh.gov.my)
    - Hospital Sibu. (http://hsibu.moh.gov.my)

m) Sabah
    - Hospital Queen Elizabeth, Kota Kinabalu. (http://qeh.moh.gov.my)
    - Hospital Duchess of Kent, Sandakan. (http://hdok.moh.gov.my)
  

Terdapat juga hospital universiti yang menawarkan khidmat terapi pertuturan-bahasa iaitu:
    - Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia. (http://www.ppukm.ukm.my/)
    - Pusat Perubatan Universiti Malaya. (http://www.ummc.edu.my)
    - Hospital Universiti Sains Malaysia. (http://h.usm.my)


Speech destiny
5 Januari 2014


SPEECH THERAPY / TERAPI PERTUTURAN

0 comments
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Terapi pertuturan atau Speech Therapy merupakan terapi pemulihan yang diberi kepada kanak-kanak dan orang dewasa yang sukar bercakap atau berkomunikasi. Terapi pertuturan juga melibatkan mereka yang sukar makan atau minum (mengalami kesukaran menelan)

Kesukaran Bercakap / Berkomunikasi

Bagi kanak-kanak, kelewatan perkembangan bahasa & pertuturan (bercakap) boleh berlaku disebabkan oleh beberapa faktor, antaranya:
  • Autisma
  • Sindrom Down
  • Palsi Serebral
  • Serangan sawan (Epilepsi)
  • Kurang rangsangan bahasa
Bagi orang dewasa, masalah berkomunikasi boleh berlaku disebabkan oleh faktor-faktor, antaranya:
  • Angin ahmar (strok)
  • Kecederaan pada kepala, leher (kemalangan)
  • kecederaan otak
  • kanser
Kesukaran Menelan

Masalah sukar menelan boleh terjadi kepada kanak-kanak dan orang dewasa disebabkan oleh faktor-faktor masalah kesihatan seperti strok, kecederaan otak, kanser mulut & leher.

Tanda-tanda kesukaran menelan, antaranya:
  • Sukar mengunyah makanan
  • Air / makanan terkeluar dari mulut sewaktu makan
  • sering terbatuk sewaktu makan / minum
  • sering tercekik sewaktu makan / minum
  • sukar bernafas / cepat penat sewaktu makan 
Masalah kesukaran menelan boleh mengakibatkan jangkitan paru-paru kerana makanan / minuman memasuki saluran pernafasan dan tidak masuk ke perut.

Siapa perlu terapi pertuturan?
  • Kanak-kanak lewat bercakap
  • Kanak-kanak bercakap pelat
  • Orang dewasa yang sukar bercakap / berkomunikasi
  • Kanak-kanak atau orang dewasa yang sukar menelan

Sekiranya anak atau ahli keluarga anda mengalami kelewatan pertuturan, kesukaran berkomunikasi dan sukar untuk makan / minum.. bawalah mereka untuk berjumpa dengan Terapis Pertuturan-Bahasa untuk mendapat penilaian dan khidmat pemulihan yang bersesuaian.

Terima kasih kerana membaca

Speech destiny
5 Januari 2014